Friday, August 2, 2013

Temujanji yang tak romantik

Tahun ni saya cipta sejarah peribadi; masuk wad 2 kali dibulan Ramadan semata2 untuk pihk hospital arrange transport g hospital penang. Huhuhuhu....
Tapi ada hikmahnya, byk yg dapat saya belajar dari pemerhatian sepanjang di wad.

Kali pertama 15hb Julai, temujanji dengan dktor di Jabatan Onkologi Hospital Besar P.Pinang(GHPP). Brtolak dr hospital Kangar dlm pukul 8pg, jalan xsesak sgt dan sampai di hospital dlm 2 jam lps tu. Lepas daftar, tunggu giliran utk jmpa doktor (ada lah dlm 1 jam). Bila sampai giliran, xsampai 1 minit dh keluar. Oleh sebab result yg patut saya dapat xsempat siap jd kne arrange temujanji baru. Waktu tu nampak muka doktor tu kecik aja... Tapi sabar aja lah sebab bukan salah doktor tu pn result test makmal lambat siap kan... Salah sapa saya malas nk pikir masa tu.

Tapi terfikir yang jika individu yg sepatutnya buat keja, laksanakan tugas dgn amanah tak akan jadi macam ni. At least time update file tu, boleh aja tgk apa yg perlu ditambah ke apa ke. Dan dlm kes saya ni maybe diorg boleh call bagitaw untuk tunda tarikh baru supaya saya yg bergelar pesakit ni tak perlu travel jauh2 semata - mata utk dgr "i'm sorry, result belum dapat jadi kita nak cik datang next appoinment..."

Balik dari temujanji tu saya demam seminggu. Huhuhuhu....

Kali kedua, 29hb Julai; Jabatan Onkologi GHPP.
Bertolak pukul 8.17pg dan sampai pukul 10.15pg. Jalan agak sesak bila lepas tol Sg Dua. Ambulans terpaksa bunyikan siren sbb kalau tidak saya akan terlepas temujanji tu. Merasa lah jugak macamana rasanya naik ambulans yg sedang menjerit. Alhamdulillah kebanyakan rakyat Malaysia masih ada kesedaran sivik dgn memberi laluan kepada kami walaupun jln mmg sesak sangat. Cuma ada segelintir yg macam main selit2 lak. Sabo je lah.

Sampai di klinik Onkologi, saya terus daftar masuk dan lebih kurang 1 jam 15 minit dapat jumpa doktor. Alhamdulillah kali ni result test dh siap cuma keputusannya masih tak dapat detect primary canser jadi dr terus bagi surat untuk rujuk dengan jabatan perubatan nuklear di hospital yg sama. Nuklear? Takut gak bila dengar nama jabatan tu. Disana saya dirujuk untuk dapatkan temujanji bagi ujian PET-CT-Scan. Untuk dapat gambaran yg lebih jelas punca kanser yg saya hidapi. Harap2 jumpa lah ya lepas ni. Oleh kerana bukan kakitangan kerajaan, untuk test tu saya dikehendaki bayar RM500. Hmmmm.... Nak berubat, terpaksalah ikhtiar kan.

Kadang - kadang saya terfikir, kanser ni sesuai dengan org kaya. Kosnya tinggi. Pemakanan, cara hidup, kos rawatan memang perlu belanja yg besar. Sekarang ada byk rawatan alternatif untuk ubat kanser tapi fulusnya pun kena la ada.

Walau apa pun, setiap kesusahan itu merupakan ujian, begitu juga dengan kesenangan. Kena redha, bertenang, sabar dan bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita.

Bila Allah SWT beri ujian kesenangan, kita bersyukur.......
Jadi bila Allah SWT bagi ujian kesusahan, kena lah bersyukur jugak. Bukan merintih, merungut tanpa henti.

Sakit itu adalah nikmat jika kita redha ^_^

4 comments:

plain83 said...

Azi my best prennnn~ :D

betui2, kena redho... sbb Allah s.w.t sayang dan ingat kat kita la, diberiNya kita ujian... ada sesetengah golongan manusia tu kita tengok mcm lalai dlm kesenangan, kaya raya, joli sana joli sini, party sana sini, clubbing lg... tak perlu iri hati dgn mereka, itu golongan yg dibiarkan lalai dgn kesenangan (istidraj), kesian yg amatlah buat mereka sekiranya mereka mati dlm keadaan masih lalai, rugi gila di akhirat nnt... alhamdulillah kita bukan tergolong dlm golongan tersebut, minta doa supaya dijauhkan sentiasa :)

plain83 said...

Aziii!!! moshi2... pecerrr??? hang amacam skang niee??? huhuu...

AZI said...

hmm.. dah masuk pertengahan tahun 2014. Lama betul tak masuk sini. Awal tahun 8 Januari aku kena bedah lagi. so jodoh aku dgn hospital semakin kuat. hahaha...

AZI said...

hmm.. dah masuk pertengahan tahun 2014. Lama betul tak masuk sini. Awal tahun 8 Januari aku kena bedah lagi. so jodoh aku dgn hospital semakin kuat. hahaha...